Monday, 15 April 2013

Resepi Sate Ayam Samuri -iResepi

nama je orang Malaysia, pada ini tahun barulah saya tahu, Sate Kajang yang fofuler tu empunya milik Haji Samuri (eh, kalau salah betulkan yerk)...oleh kerana saya pergi berguru dengan sifu hartanah Tuan Mior Nurzaidin (Miza Group kat Taman Pelangi Semenyih) dapatlah saya mencari sate kajang tu.... jom tengok resepi sate ayam Samuri ni, saya copy drp blog iResepi (fofuler blog nih..)

http://www.iresepi.net/2011/03/resepi-satay-ayam-samuri.html

 

Resepi Sate Ayam Samuri 

1 ekor ayam 2kg  (dipotong 12 ketul)
5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
200 gram halia (diblendkan hingga halus)
300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam

Untuk kuah Sate Samuri

½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa


Cara buat sate/satay Samuri


1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay Ayam samuri

2. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak
3. Bakarkan  Satay Ayam samuri hingga Masak
4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
5. Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu
6. Satay ayam samuri masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit


Cara membuat kuah Sate Samuri


1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.

2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)
3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
4. Didihkan campuran tadi.
5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.
8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala 

 

Kuah Sate

Sate dan kuah yang sodap, pasti teringat-ingat...lalala....
oleh kerana blog ni berkenaan sate dan yang sewaktu dengannya, maka dengan gembiranya saya share resepi kuah sate daripada blogger Resepi Bonda, thank you sis...

http://himpunanresepibonda.blogspot.com/2011/11/kuah-kacang-kuah-sate.html


Bahan-bahan :

200 gm kacang tanah digoreng atau dibakar dan dikisar
10 sudu gula putih atau campuran gula merah
asam jawa segenggam kecil atau 10 gm
Minyak masak 1/2 cawan

Bahan disangai dan dikisar

jintan manis 1/2 sudu kecil
jintan putih 1/2 sudu kecil
ketumbar 1 sudu kecil

Bahan kisar

Cili kering 8-10 biji
bawang besar 2 biji
bawang putih 3 ulas
lengkuas 2 hiris
halia 1 hiris
serai 2 batang
udang kering 1 sudu

Cara Membuat :

1. Bahan kisar ditumis hingga garing.
2. Masukkan kacang tanah, air asam jawa dan air.
3. Masukkan gula.
4. Masak dengan api kecil sehingga kuah menjadi separuh daripada asal atau sehingga pekat yg dikehendaki.


saya suka sate a.k.a satay.....masa saya mengandung anak sulung, hari-hari pujuk suami bawa  makan sate..lalala...

jadi, saya terfikir why not saya buat blog khas untuk sate.....blog ini adalah himpunan cerita sate daripada seluruh pelusuk internet, saya share dan beri kredit kepada owner asal tau.

kenapa saya pilih nama sate-jawa-bonda? sebab kedua-dua bonda saya dan bonda mertua orang jawa..orang jawa ni kalau masak ada sikit manis, saya suka, saya suka...sayang bonda...

Jom jejalan cari sate....